aku budak hijau

' Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang'
assalamualaikum.. bukan publisiti yang ku cari.. yang ku cari hanyalah kebahagiaan abadi.. =)

sApEw DaKu..

My photo
raub, pahang darul makmur, Malaysia
name diberi nur liyana binti ramli.. masih menuntut ilmu di muka bumi ALLAH ni.. dlm jurusan undang2 dan syariah.. salam ukhuwah fillah abadan abada.. berukhuwahlah kite kerana ALLAH.. =)

Wednesday, June 8, 2011

terima kasih ya ALLAH..








Tika malam terasa sepi.
Tika bulan seakan memingir diri.
Tika sang unggas seolah tak sudi menyanyi.
Tika si kunang bagai enggan bercahaya lagi.
Tika manusia semakin menjauhi.
Tika ketenangan beransur pergi.
Tika harapan tersimpul mati.
Tika hidup umpama tiada erti.

Ketahuilah, Dia sentiasa ada di sisi.
Hanya Dia yang sentiasa di sisi.
Tidak Dia sekadar menemani.
Bahkan membawakan penawar hati.

Lalu dengan izinNya,
Malam ceria lagi.
Bulan muncul kembali.
Sang unggas mengalun melodi.
Si kunang berkerdipan menerangi.
Manusia menjadi sahabat sejati.
Ketenangan mula mendekati.
Harapan kembali berseri.
Hidup penuh warna-warni.

Terima kasih, ya Allah!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...