aku budak hijau

' Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang'
assalamualaikum.. bukan publisiti yang ku cari.. yang ku cari hanyalah kebahagiaan abadi.. =)

sApEw DaKu..

My photo
raub, pahang darul makmur, Malaysia
name diberi nur liyana binti ramli.. masih menuntut ilmu di muka bumi ALLAH ni.. dlm jurusan undang2 dan syariah.. salam ukhuwah fillah abadan abada.. berukhuwahlah kite kerana ALLAH.. =)

Wednesday, June 8, 2011

kongsi2.. c(:





Ketika Adam sedang terbaring tidur, lalu Allah mematahkan tulang rusuk Adam sebelah kiri paling bawah, dan lalu diciptakan-NYA pasangan Adam, iaitu Hawa. Dan setelah Adam terbangun dari tidurnya,tiba-tiba dilihatnya seorang wanita cantik telah berada disebelah kirinya.

Lalu Allah S.W.T berfirman kepada Adam: “itulah dia pasangan hidupmu,namanya Hawa, dan bersenang-senanglah kamu berdua dalam syurga ini, tetapi jangan sekali-kali engkau dekati “sajarat”,yakni satu batang kayu larangan”.

Setelah mendengar firman Allah demikian itu, dan melihat kecantikan Hawa, maka Adam tidak tahan hati, lalu ingin merangkulnya, akan tetapi Hawa mengelak dari rangkulan Adam, dan Adam lalu kembali mengadu hal itu kepada Allah dengan berkata:
“Ya Allah, Engkau ciptakan dia untuk pasanganku, tetapi kenapa dia mengelak bila ku dekati???”.

Lalu Allah S.W.T berfirman: “ Ketahuilah hai Adam, walaupun dia (Hawa) Ku-ciptakan dari diri kamu sendiri, namun sifat dan tabiatnya tak serupa Ku-ciptakan dengan sifat dan tabiat kamu, dan jangan sekali-kali kamu berkasar kepadanya, dan hendaklah berlemah lembut dengannya. Pujuk rayulah dia, keluarkanlah kata-kata manis dan gurau senda padanya, tentu dia akan datang kepadamu menyerahkan dirinya”.

Sebagaimana yang kita saksikan sendiri tabiat perempuan, yang harus diketahui lelaki/calon suami, bahawa tabiat wanita itu lemah dan cair apabila diajukan dengan kata-kata lemah lembut dan pujuk rayu lelaki. 

alamak !! ttbew budak hijau jd malu.. napew ni?? hehehe =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...