aku budak hijau

' Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang'
assalamualaikum.. bukan publisiti yang ku cari.. yang ku cari hanyalah kebahagiaan abadi.. =)

sApEw DaKu..

My photo
raub, pahang darul makmur, Malaysia
name diberi nur liyana binti ramli.. masih menuntut ilmu di muka bumi ALLAH ni.. dlm jurusan undang2 dan syariah.. salam ukhuwah fillah abadan abada.. berukhuwahlah kite kerana ALLAH.. =)

Sunday, June 12, 2011

hormat ~~muhasabah diri








Menghormati manusia juga biarlah kerana ilmunya. Orang yang berilmu pula amat suka kepada orang yang ingin memperoleh ilmu daripadanya. Biasanya orang yang berilmu tidak lokek untuk menyampaikan apa yang diketahuinya. Penyampaiannya itu akan menguntungkan kedua-dua belah pihak untuk sekurang-kurangnya daripada tiga aspek.

Pertama, kita yang bertanya akan memperoleh ilmu. Kedua, ilmuan yang menjawab itu akan memantapkan ilmu yang dipelajarinya kerana soalan kita itu umpama ulangkaji baginya. Ketiga, perbincangan mengenai ilmu itu sendiri bakal memperluas ruang lingkup topik yang dibicarakan.

Beruntunglah seandainya kita sentiasa ingin hadir di dalam majlis-majlis ilmu yang pada hari ini disampaikan dalam bentuk usrah, kuliah, ceramah, forum, wacana, seminar mahupun persidangan. Kita perlu meluangkan masa untuk majlis-majlis seperti ini. Majlis-majlis ini kian banyak dianjurkan. Dalam pada itu, kita perlu mengurangkan sedikit tabiat menghadiri majlis-majlis untuk keseronokan semata-mata seperti menghadiri konsert, parti dan berpesta-pestaan.

Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: "Orang yang paling baik itu ialah orang yang alim(berilmu). Jika ia diperlukan maka ia akan memberi manafaat bagi orang lain. Dan jikalau ia tidak diperlukan maka ia mencukupkan dirinya sendiri (tidak menyusahkan orang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...