aku budak hijau

' Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang'
assalamualaikum.. bukan publisiti yang ku cari.. yang ku cari hanyalah kebahagiaan abadi.. =)

sApEw DaKu..

My photo
raub, pahang darul makmur, Malaysia
name diberi nur liyana binti ramli.. masih menuntut ilmu di muka bumi ALLAH ni.. dlm jurusan undang2 dan syariah.. salam ukhuwah fillah abadan abada.. berukhuwahlah kite kerana ALLAH.. =)

Thursday, June 9, 2011

sejenak bersama










“Pada suatu hari tiga kumpulan kaum muslimin datang kepada para isteri Rasulullah SAW. Mereka bertanyakan tantang jumlah ibadah yang Rasulullah s.a.w. lakukan setiap hari.


 Setelah mendapat penjelasan, mereka mengganggap ibadah Rasulullah s.a.w. itu hanya sedikit. Mereka berkata : “Kita tidak boleh meniru Rasulullah SAW kerana Allah telah mengampuni segala dosanya yang telah lalu dan yang akan datang!” 


Salah seorang dari mereka berkata: “Aku tidak begitu kerana aku bersembahyang malam (tahajjud) terus-menerus!” Sahabatnya menyahut: “Aku berpuasa terus-menerus tanpa berbuka!” Dan sahabatnya yang lain berkata: “Aku menjauhkan diri dari perempuan dan tidak akan kahwin selama-selamanya!” 


Ketika Rasulullah SAW datang, baginda bersabda “Tadi kamu telah mengatakan begini dan begitu… Demi Allah, aku ini lebih takut dan lebih bertaqwa kepada Allah daripada kamu sekalian; tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku menunaikan sembahyang dan tidur, dan aku berkahwin dengan wanita. Kerana itu sesiapa yang tidak menyukai Sunnahku dia bukan dari aku (bukan dari umatku).




renung renungkan ...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...